Tidak pernahkah anda terfikir
date
Jul 26, 2021
slug
tidak-pernahkah-anda-terfikir
status
Published
tags
Renungan
summary
Tidak pernahkah anda terfikir bagaimana terjadinya siang dan malam?
Tidak pernahkan anda terfikir bagaimana matahari terbit manakala bulan dan bintang muncul dimalam hari?
Tidak pernahkah anda terfikir bagaimana adanya laut, sungai-sungai, gunung - ganang, hutan berlukar ini terjadi?
Tidak pernahkah anda terfikir setiap perkataan seperti tanah, matahari, bulan, bintang, malam, siang mempunyai maksud tersembunyi dan kita sendiri perlu cari jawapan disebaliknya?
type
Post
Author
ADR
cover
Tidak pernahkah anda terfikir bagaimana terjadinya siang dan malam?
Tidak pernahkan anda terfikir bagaimana matahari terbit manakala bulan dan bintang muncul dimalam hari?
Tidak pernahkah anda terfikir bagaimana adanya laut, sungai-sungai, gunung - ganang, hutan berlukar ini terjadi?
Tidak pernahkah anda terfikir setiap perkataan seperti tanah, matahari, bulan, bintang, malam, siang mempunyai maksud tersembunyi dan kita sendiri perlu cari jawapan disebaliknya?
Mari kita cerdasi akal fikiran :-
Yūnus ayat 24 - Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu, adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dan langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya karena air itu tanam-tanaman bumi, di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya, dan pemilik-pemiliknya mengira bahwa mereka pasti menguasasinya, tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanam-tanamannya) laksana tanam-tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kemarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada orang-orang berfikir
Kata kunci ayat ini adalah untuk kita lebih memahami maksud tersurat dan tersirat setiap perkataan, perumpamaan yang terkandung didalam Alquran adalah bergantung kepada kemampuan manusia itu berfikir menggunakan akalnya. Ini kerana, ayat-ayat didalam Alquran adalah bahagian kecil ayat-ayat Allah untuk orang-orang yang mahu berfikir manakala orang-orang yang tidak mahu menggunakan potensi akal fikirnya tidak mungkin dapat memahami maksud ayat-ayat Allah. Orang-orang ini disamakan seperti orang buta.
Mari renungkan ayat dibawah ini pula :-
Al-'An`ām ayat 50 - Katakanlah: Aku tidak mengatakan kepadamu, bahwa perbendaharaan Allah ada padaku, dan tidak (pula) aku mengetahui yang ghaib dan tidak (pula) aku mengatakan kepadamu bahwa aku seorang malaikat. Aku tidak mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepadaku. Katakanlah: "Apakah sama orang yang buta dengan orang yang melihat?" Maka apakah kamu tidak memikirkan(nya)?"
Cuba kita perhatikan lagi, apa yang sedang terjadi sekarang terhadap diri, masyarakat, para pemimpin masing-masing mempunyai kehendak atau tujuan tersendiri bagi meneruskan kelangsungan hidup, masing-masing terus berjalan seperti orang yang hilang arah mencari jalan penyelesaian setiap perkara yang berlaku ? Tidak pernahkah kita terfikir mengapa semuanya terjadi? apa puncanya? apa maksud disebaliknya?
Mari kita lihat lagi dan cuba kita cerdasi akal kita :
Al-Qamar ayat 17 - Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?
Seperti mana ayat Alquran diatas, Alquran telah diturunkan kepada kita untuk dijadikan pelajaran tetapi apa yang sedang kita berlakukan?
sekadar dirak tanpa dibuka atau
digantung ayat-ayat Alquran didalam rumah sebagai perhiasan atau
diletakkan dibawah bantal, dikepala katil, tepi katil dijadikan sebagai pendinding mengelak gangguan-gangguan makhluk halus atau
sekadar dibaca dan khatam berulang kali tanpa fahami maksud sebaliknya atau
sekadar berlumba-lumba perbetulkan sebutan, tajwid, mahraj huruf, dan sebagainya
Yang mana satukah anda ?
Mari perhatikan surah seterusnya :-
Al-Furqān ayat 30 - Berkatalah Rasul: "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan".
Kini Alquran hanya dianggap seperti pengetahuan asas cara bacaan panjang pendek ayatnya dan juga sekadar untuk mengumpulkan pahala bagi timbalan amalnya semasa hidup dimuka bumi.
Dan sekarang mengapakah kita tidak menggunakan Alquran yang berisi pelbagai keilmuan didalamnya yang berisi masalah keimanan (bertuankan kepada yang satu bukan pada tuan-tuan yang lain), peraturan dan hukum yang mengatur tingkah laku dan tata hidup kehidupan manusia baik secara persendirian mahupun sosial, ilmu pengetahuan, kisah-kisah sejarah peradaban bangsa dan persoalan yang haq dan batil?
Adakah puncanya kerana kita semua berlainan AGAMA dan tidak boleh jadikan Alquran sebagai panduan hidup?
Adakah ini kerana setiap agama mempunyai kitabnya tersendiri ?
Dan sekarang ini, mengapakah kita perlu faham yang berlainan sedangkan dalam kitab-kitab agama yang ada, cuba sampaikan kepada kita adalah percayakan pada satu tuhan dan tiada tuhan yang lain?
Tidakkah kita terfikir kandungan dalam kitab-kitab yang ada isinya sama sahaja cuma telah dimanipulasikan oleh orang-orang tertentu dan terjadinya pelbagai fahaman.
Dimanakah silapnya?
Mencari jawapan pada setiap pertanyaan dan persoalan yang bermain diminda itu perlu bukannnya seperti mana ustaz ustazah katakan jika berfikir jauh daripada apa yang kita faham akan menyebabkan kita dapat dosa yang besar dan rosaknya aqidah kita.