Tau atau faham?
date
Mar 4, 2023
slug
tau-atau-faham
status
Published
tags
Renungan
Sabath
summary
Jawapan kepada yang ingin tahu
type
Post
Author
MPA
cover
Seseorang bertanya kepada saya
"Abang, saya tengok Quran sentiasa ada disisi abang, abang hafal Quran ke?”
"tak saya sedang memahami ayat-ayatnya”
"Abang.. mcm mana mahu memahami Al-Quran?"
"kamu tau baca Quran?"
"tau"
"faham tak apa yang kamu baca?"
"tak faham"
"kamu baca tapi kamu tak faham, macam mana kamu mau memahami Al Quran?"
"jadi macam mana tu bang"
"Quran ada empat jenis, Quran tanpa terjemah & tafsir, Quran ada terjemah, Quran ada tafsir & Quran perkata, terbaik adalah Quran perkata, kerana satu ayat satu terjemahnya, jadi kamu boleh periksa satu persatu ayat mengikut bahasa arabnya, cara ini yang terbaik untuk memahami ayat Al-Quran kerana kita faham sepatah-sepatah ayatnya"
"betul juga tu, tapi saya tak tau bahasa arab, macam mana saya nak tau betul atau tidak terjemahnya?"
"ok mcm ni, saya pun tidak faham keseluruhan bahasa arab tapi saya bertanya pada yang arif bahasa arab, apa yg perlu kita buat dulu adalah tukar bahasa arab yang ada pada bahasa melayunya dulu"
"macam mana tu?"
"dalam Quran ada beberapa ayat ditempat terjemahnya masih lagi berbahasa arab, contohnya, solat, zikir & zakat, Jika kamu tak tukar dalam bahasa melayu kamu masih lagi dalam separuh faham"
"owh… solat, zikir dan zakat ada makna melayunya?"
"ya ada, solat itu diambil dari akar kata silah (hubung), jika kata kerja ia jadi solat (menghubungkan), zikir itu akar katanya zakir (ingat). Jika kata kerja ia jadi zikir (mengambil peringatan), zakat akar katanya zaki (suci)"
"Wahhh... mudahnya nak faham kalau macam tu"
"mudah... tapi jangan confidence sangat sebab ada terjemah melayunya tak sama makna dengan bahasa arabnya"
"pulak dah, susah la macam ni? Contohnya?"
"tu la tadi kata senang. He..he… Contohnya, a'bduhu, terjemah nya "`sembah`" sepatutnya "`abdi/hamba`" diambil dari akar kata "'abid". Apakah sifat hamba? Sifat hamba itu tunduk dan patuh pada arahan tuannya, nampak tak beza solat & 'abid tadi. Solat itu menghubungkan, a'bduhu itu menghambakan diri"
"jadi solat (menghubungkan) dan a'bduhu (mengabdikan) tu berlainan maksud la ye bang?"
"Sudah pasti"
"adoiii... Biar betul bang? Banyak yang saya nak kena tau ni. Mula-mula nampak macam senang, lama-lama susah jugak"
"Takpe pelan-pelan. Kalau mahu ambil tau takpe. Jangan tak mau ambil tau, sebab tuhan dah pesan dalam surah 6 ayat 116 jangan ikut kebanyakan orang dan surah 2 ayat 170 jangan ikut nenek moyang sebab itu bukan jaminan untuk kita betul atau tidak apa yang mereka buat. Kita bukan duduk di zaman Rasulullah atau zaman khalifah. Tiada tempat rujuk melainkan Quran tapi Quran pun terjemahannya ada yang salah, mcm manakan?"
"kalau macam tu boleh abang ajarkan saya?"
"boleh… Kalau yakin dengan saya, apa salahnya"
"baik nanti kalau free saya datang jumpa abang lagi ye"
"baiklah"