Rumah Gelap

date
Aug 31, 2021
slug
rumah-gelap
status
Published
tags
Sajak
summary
Rumah berpisahkan gelombang Laut China Selatan ini kita diami dengan seribu bahasa berkurun lama.
type
Post
Author
BSR
cover
Rumah berpisahkan gelombang Laut China Selatan ini kita diami dengan seribu bahasa berkurun lama. Tapaknya bermaharkan darah dan nyawa ribuan pejuang yang tak didendang. Kita abaikan pelita kehidupan usang berhabuk dengan momok dan dogma. Gelap tanpa nur-Nya. Dinding dan tiang terpahat lima rukun bangsa yang belum tentu perpaduan dan kesatuannya.

notion image
Rumah ini rupanya benteng tinggalan penjajah yang rongak dibedil. Yang goyang menanti tumbang.

Rumah gelap ini telah melahirkan ribuan pencacai, pecandu, penyamun yang telah berjaya menempa nama di persada dunia.

Bersiap sedialah berlepas diri dari rumah ini sebelum dilanyak lantak oleh Si Mamon. Biarkan mereka yang bersekutu bertambah mutunya sebagai residen Rumah Gelap.

Berjuanglah dengan pena dan kalam-Nya, kerana tajamnya itu bisa mengukir atau menghancurkan rumah yang kita bina bersama.

Hidup adalah belajar