Renungan Sabath #7

date
Feb 12, 2022
slug
renungan-sabath-7-2022
status
Published
tags
Sabath
summary
Semua manusia di muka bumi ini mendambakan kebahagiaan dan kedamaian dalam jiwanya. Sehingga ramai pula yang tertipu dengan pengertiannya yang sebenar.
type
Post
Author
NAC
cover
https://images.unsplash.com/photo-1474417426737-fbbff0e62ea0?ixlib=rb-1.2.1&ixid=MnwxMjA3fDB8MHxwaG90by1wYWdlfHx8fGVufDB8fHx8&auto=format&fit=crop&w=2786&q=80

Semua manusia di muka bumi ini mendambakan kebahagiaan dan kedamaian dalam jiwanya. Sehingga ramai pula yang tertipu dengan pengertiannya yang sebenar.

Ramai dikalangan manusia yang mengejar-ngejar kemewahan melalui harta benda dan kekayaan. Kebahagiaan bukanlah berpunca daripada apa yang kita cari atau usahakan.
Namun ianya adalah suatu keadaan jiwa yang jernih, tenang dan sedar walau di mana pun kita berada dalam keadaan apa sekalipun, susah ataupun senang.
Hadapilah dengan keyakinan dengan bergantung sepenuhnya kepada Tuan yang satu Maha Pengasih Lagi Maha Bijaksana.
Dengan qudrat-Nya kita mampu mengawal dan menentukan arah haluan kita dengan pimpinan dan petunjuk dari-Nya.

LAGI DARI SABATH

Hilangkan keinginan kita pada dunia dan perkara yang sia-sia. Hadirkan kerinduan kita pada rasa kasih sayang dan rahmat Tuan yang satu.
Hakikatnya hidup ini adalah untuk diuji.
Atas dasar itu, ujian hidup bukanlah penyebab hilangnya bahagia kerana, kebahagiaan akan tetap hadir. Kebahagiaan dan kedamaian itu berpunca dari hati kita yang bening, jernih, bersih dan tenang.
Maka dengan itu usahakanlah, untuk kita tunduk dan patuh dengan aturan-Nya.
💡
Dialah yang menciptakan kamu dari tanah kemudian dari setitis air mani sesudah itu dari segumpal darah, kemudian dilahirkan kamu sebagai seorang anak, kemudian (kamu dibiarkan hidup) supaya kamu sampai kepada masa (dewasa), kemudian (dibiarkan kamu hidup lagi) sampai tua, di antara kamu ada yang diwafatkan sebelum itu. (Kami perbuat demikian) supaya kamu sampai kepada ajal yang ditentukan dan supaya kamu memahaminya. Surah Ghafir ayat 67
Walaupun seteruk mana kita diuji, bangkitlah dengan semangat dan keberanian untuk membuka pintu kebaikan pada jiwa kita yang dapat memberikan manfaat serta redhanya Tuan. Dan jangan lah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan dan Hati nurani. Semua itu akan diminta pertanggungjawabnya (QS 17:36).
Maka dengan itu usahakanlah, kita tunduk dan patuh dengan atauran-Nya.

Hidup adalah belajar