Renungan Sabath #50
date
Dec 25, 2021
slug
renungan-sabath-50
status
Published
tags
Sabath
summary
Menurut mereka apa yang Allah wahyukan kepada Nabi Ibrahim berbeza dengan apa yang diwahyukan kepada Nabi Musa, Isa & Muhammad adalah ajaran yang berbeza dan lebih sempurna dari ajaran Rasul sebelumnya.
type
Post
Author
MPA
cover
Baiklah sambil tu mari kita amati renungan sabath pada minggu ini.
Banyak yang berfikir kalau agama yang ada hari ini tidak ada kaitan satu sama lain, benarkah demikian?
Kita perlu mempelajari apa yang mereka bawa. Majoriti berpendapat dan berkeyakinan bahawa setiap para Rasul Allah membawa agama yang baru dan berbeza sebagai pengganti penyempurna dari agama yang dibawa oleh Rasul sebelumnya. Menurut mereka apa yang Allah wahyukan kepada Nabi Ibrahim berbeza dengan apa yang diwahyukan kepada Nabi Musa, Isa & Muhammad adalah ajaran yang berbeza dan lebih sempurna dari ajaran Rasul sebelumnya.
Jikapun diantara ajaran Nabi dan Rasul Allah memiliki hubungan dan kesamaan itu hanyalah sebatas teologis.
Mereka sama-sama beriman kepada Allah, kefahaman tersebut patut dipertanyakan kebenarannya, kerana kefahaman sebegitu tidak memiliki dasar kewahyuan yang kuat, bukankah semua Rasul Allah diutus dan mendapat tugas yang sama dari-Nya?
Untuk mengembalikan manusia kepada fitrahnya yang sejati, Nabi Muhammad selalu di-claim sebagai pembawa agama terakhir (agama Islam) sebuah agama yang berbeza dengan agama-agama yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul sebelumnya bahkan para Nabi dan Rasul Allah sebelumnya dikatakan membawa ajaran agama yang belum sempurna, demikianlah pemahaman orang kebanyakan yang sudah tertanam kedalam kesadaran mereka pada hari ini.
Tegas mereka ajaran Ibrahim/millata Ibrahim bukanlah pengikut ajaran agama yahudi, nasrani dan Islam, oleh kerana itu tidaklah berdasar jika dikatakan bahawa yang mengikuti ajaran Ibrahim mengikuti ajaran yang berbeza, bukti lebih konkrit bahawa semua ajaran para Rasul membawa ajaran, millata atau syariat yang sama, lihat surah Asy Syura 42 ayat 13
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
شَرَعَ لَـكُمْ مِّنَ الدِّيْنِ مَا وَصّٰى بِهٖ نُوْحًا وَّا لَّذِيْۤ اَوْحَيْنَاۤ اِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهٖۤ اِبْرٰهِيْمَ وَمُوْسٰى وَعِيْسٰۤى اَنْ اَقِيْمُوا الدِّيْنَ وَ لَا تَتَفَرَّقُوْا فِيْهِ ۗ كَبُـرَ عَلَى الْمُشْرِكِيْنَ مَا تَدْعُوْهُمْ اِلَيْهِ ۗ اَللّٰهُ يَجْتَبِيْۤ اِلَيْهِ مَنْ يَّشَآءُ وَيَهْدِيْۤ اِلَيْهِ مَنْ يُّنِيْبُ
"Dia (Allah) telah mensyariatkan kepadamu agama yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa, dan 'Isa, yaitu tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah-belah di dalamnya. Sangat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu serukan kepada mereka. Allah memilih orang yang Dia kehendaki kepada agama tauhid dan memberi petunjuk kepada Nya bagi orang yang kembali"
Bukankah Nabi Muhammad juga membawa ajaran, millata dan syariat Ibrahim? Jadi semua para Rasul membawa ajaran yang sama yaitu ajaran Ibrahim atau millata Ibrahim, kita boleh menyimpulkan bahawa semua para Nabi dan Rasul adalah pelanjut dari estafeta visi dan misi risalah yang diajarkan oleh Nabi Ibrahim.