Renungan Sabath #46

date
โ€ฃ
slug
renungan-sabath-46
status
Published
tags
Renungan
summary
Menurut Al-Quran thaghut adalah pemimpin yang tidak mahu menerima Al-Quran sebagai miqdar al-haq dan tidak mahu menjadikan Kitab Allah sebagai ukuran keadilan, hukum, dan jalan yang lurus.
type
Post
Author
ACK
cover
ANTSAYMPDP
Damai sejahtera SSMA, diharap bro, bonda dan puteri berada keadaaan yang aman, sihat dan sejahtera.
Mari kita sama-sama luangkan sedikit masa untuk mentelaah perkongsian yang akan dihidangkan pada hari Sabath yang mulia ini.
Al-Quran: Tolok ukur kebenaran
Perhatikan surah Al-Baqarah : ayat 147
๐Ÿ’ก
ุงู„ู’ุญูŽู‚ูู‘ ู…ูู†ู’ ุฑูŽุจูู‘ูƒูŽ ููŽู„ุง ุชูŽูƒููˆู†ูŽู†ูŽู‘ ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ู…ูู…ู’ุชูŽุฑููŠู†ูŽ Al-Haqqu min rabbi fala takunanna mina mumtarin. Kebenaran itu dari Rabb (Al-Quran), maka janganlah kamu menjadi orang-orang yang ragu terhadap Al-quran.

Masalah benar dan salah, baik dan buruk, merupakan masalah kualitatif yang sifatnya sangat sentimentil, subjektif dan kondisional.

Oleh itu, Allah menurunkan timbangan (miqdar) yang harus dijadikan qadar atau tolok ukur oleh manusia yaitu kebenaran, inilah rahmat Allah yang terbesar diberikan kepada manusia.
Manusia adalah makhluk yang dicipta untuk dapat berkembang menuju paripurna sebagai โ€˜insan kamilโ€™ iaitu akhlak Tuan Semesta Alam.
Seandainya manusia, kerana intelektualitasnya merasa cukup sempurna dan tidak memerlukan apa-apa lagi dari Rabbnya, berarti dia memutuskan silah (hubungan) dengan Rabbnya.
Sikap seperti thagha, takabur atau sombong, kerana merasa sudah menjadi makhluk yang mampu berfikir mandiri tanpa pertolongan Allah.
Bentuk jamak thagha adalah thaghut, menurut Al-Quran thaghut adalah pemimpin yang tidak mahu menerima Al-Quran sebagai miqdar al-haq dan tidak mahu menjadikan Kitab Allah sebagai ukuran keadilan, hukum, dan jalan yang lurus.
Kemampuan berfikir manusia bukan akhir dari proses perkembangan jiwa manusia, sempurnanya manusia adalah ketika ia mengabdi kepada maโ€™bud-nya iaitu Allah.

Hidup adalah belajar