Renungan Sabath #15
date
Apr 1, 2022
slug
renungan-sabath-15-2022
status
Published
tags
Renungan
summary
Solat khusyu’ ertinya orang yang sedang berzikir atau mengingat Allah. Di antara solat ada solat, ertinya di dalam hidup ini kita melakukan solat selama masih membuka mata, kerana solat itu ertinya zikir.
type
Post
Author
ACK
cover
Apa yang disebut solat itu adalah zikir.
Solat khusyu’ ertinya orang yang sedang berzikir atau mengingat Allah. Di antara solat ada solat, ertinya di dalam hidup ini kita melakukan solat selama masih membuka mata, kerana solat itu ertinya zikir.
Bagaimana teknik solat zikir? Bagaimana solat di tengahari itu?
Kerana solat itu zikir, maka saudara boleh membaca Quran sambil naik motor. Nabi pernah solat di atas unta kerana dulu belum ada motor.
Jadi solat itu zikir, ingat akan firman Allah. Kita harus ingat firman yang dihafalkan malam tadi untuk diulang kembali di tengahari. Namun demikian, di atas motor jangan membaca Al-Quran nanti kemalangan.
Jadi siapkan waktu siang hari kemudian setelah itu pada waktu maghrib ‘ghurub’ solat lagi. Jadi untuk solat itu bebas. Didalam Al-Quran tidak ada tuntutan gerak solat. Jika tidak ada di Al-Quran, siapa yang menyuruh melakukan gerakan-gerakan itu? Jawapannya adalah ijma’ ulama.
Jadi wajar saja apabila banyak perbezaan gerakan solat kerana tidak ada tuntutannya. Dan Nabi sendiri tidak mempermasalahkan gerakan simbolik itu. Tidak ada dalil gerakan sehingga tidak perlu melakukan gerakan dalam setiap kali solat, karena itu adalah masalah feqah.
Jadi tatacaranya dengan duduk dan membaca Al-Quran penuh konsentrasi. Itulah yang dinamakan zikir atau melaksanakan solat.
Orang solat itu sedang membaca Al-Quran. Pada saat berdiri solat sedang membaca firman dan saat sujud juga membaca firman.
Dengan kata lain, orang yang solat sedang zikir. Jadi tidak ada kesusahan dan tidak perlu digambarkan bagaimana wudhunya, sarungnya dan lainnya. Tidak demikian kerana akan menjadi fitnah kembali dengan mempertanyakan solat model apa aliran sesat tersebut. Jangan membaca Al-Quran di kamar keras-keras kerana akan menjadi masalah kembali.
Untuk itu cara solat dinyatakan dalam surat Al-Araf 7, ayat 205
وَٱذْكُر رَّبَّكَ فِى نَفْسِكَ تَضَرُّعًۭا وَخِيفَةًۭ وَدُونَ ٱلْجَهْرِ مِنَ ٱلْقَوْلِ بِٱلْغُدُوِّ وَٱلْـَٔاصَالِ وَلَا تَكُن مِّنَ ٱلْغَـٰفِلِينَ
Dan ingatlah Tuanmu dalam dirimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.
Inilah cara solat yang benar, ingat Allah Yang Maha Esa dalam diri kamu. Cara mengingat Allah dengan mengingat firmannya kerana Allah itu adalah firman, Tuhan itu firman.
Dari firman-Nya itulah yang kita ingat didalam qalbu sebagai tempat penyimpanan firman Allah. Tuhan Yang Maha Esa dengan firman tidak dapat dipisahkan seperti seseorang dengan pikirannya. Identiti seseorang ada pada pikiran atau pribadinya.
Tuhan Yang Maha Esa tidak mempunyai jasad kerana Dia adalah ruh, Ruh Tuhan adalah firman. Jadi firman identik dengan Dia. Sekarang taruhlah firman di dalam qalbu kita.
Segala puji milik Allah.