Mendepani COVID-19 di tahun 2022

date
Feb 11, 2022
slug
mendepani-covid-19-tahun-2022
status
Published
tags
Kesihatan
summary
Kita mungkin terpaksa hidup dengan COVID-19 selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Jangan kita nafikan hal itu serta panik. Jangan kita jadikan hidup dan kehidupan ini sia-sia. Mari belajar untuk hidup dengan realiti ini.
type
Post
Author
BSR
cover

Kita mungkin terpaksa hidup dengan COVID-19 selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Jangan kita nafikan hal itu serta panik. Jangan kita jadikan hidup dan kehidupan ini sia-sia. Mari belajar untuk hidup dengan realiti ini.

1. Anda tidak mungkin boleh membasmi virus COVID-19 yang dapat menembusi dinding sel dengan meminum bergelen air panas - natijahnya anda akan lebih kerap pergi ke bilik air.
2. Mencuci tangan adalah kaedah terbaik bagi mengekang penularan.
3. Jika rumah anda tiada pesakit COVID-19, tidak perlulah anda laksanakan pembasmian kuman di rumah.
4. Pakej kotak yang dibungkus, petrol pam, troli beli-belah dan ATM tidak akan menyebabkan jangkitan. Basuh tangan, jalani kehidupan seperti biasa.
4. Pakej kotak yang dibungkus, petrol pam, troli beli-belah dan ATM tidak akan menyebabkan jangkitan. Basuh tangan, jalani kehidupan seperti biasa.
5. COVID-19 bukan jangkitan bawaan makanan. Ia dikaitkan dengan titisan air dalam udara seperti selesema. Tiada risiko yang menunjukkan bahawa COVID-19 berjangkit melalui makanan.
6. Anda boleh kehilangan deria bau dengan pelbagai alahan dan jangkitan virus. Ini hanyalah simptom COVID-19 secara tidak spesifik.
7. Sebaik sampai di rumah, anda tidak perlu menukar pakaian dan mandi dengan segera! Kebersihan adalah sebahagian dari iman, paranoia tidak!
8. Virus COVID-19 tiada dalam udara. Ini adalah jangkitan titisan pernafasan yang memerlukan hubungan rapat.
9. Udara secara umumnya adalah bersih, anda boleh berjalan di taman rekreasi, taman perumahan. Cuma anda perlu elakkan tempat yang sesak.
10. Cukup menggunakan sabun biasa melawan COVID-19, bukan sabun anti-bakteria. Ini virus, bukan bakteria.
11. Anda tidak perlu risau tentang makanan yang dipesan. Tetapi tiada masalah untuk anda memanaskan segala-galanya dalam ketuhar gelombang mikro jika anda mahu.
12. Anda tidak mungkin melindungi kesihatan anda daripada virus dengan meminum air kelapa muda, cengkih, jus oren dan halia! Ini adalah untuk imuniti, bukan penyembuhan.
13. Memakai topeng untuk tempoh yang lama mengganggu tahap pernafasan dan oksigen. Hanya gunakannya di tempat yang sesak.
14. Memakai sarung tangan juga bukan idea yang bagus; virus boleh terkumpul pada sarung tangan dan mudah berjangkit jika anda tersentuh muka. Lebih afdhal basuh tangan sekerap mungkin.
15. Imuniti manusia akan melemah ketika berada dalam persekitaran yang teramat bersih (steril). Walaupun anda makan makanan yang dapat meningkatkan imuniti, kena kerap keluar rumah juga seperti taman atau pantai. Kekebalan hanya akan meningkat dengan pendedahan kepada pelbagai jenis patogen, bukan duduk di rumah dan memakan makanan bergoreng, pedas, manis dan minuman berkarbonat, serta tidak melakukan aktiviti fizikal.

Hidup adalah belajar