Konsep Kerajaan Perpaduan Serlah Ketidak matangan Demokrasi
date
Dec 25, 2022
slug
kerajaan-perpaduan-serlah-ketidakmatangan-demokrasi
status
Published
tags
Nasional
summary
Ada anggapan kerajaan yang memerintah saat ini, kerajaan campuran yakni kerajaan perpaduan akan lebih kukuh dan stabil kerana terdiri dari lebih satu blok parti. Ideologi dan prinsip perjuangan parti dan blok yang lebih besar akan diimbangi oleh ideologi dan syarat dari parti kecil
type
Post
Author
BSR
cover
Ada anggapan kerajaan yang memerintah saat ini, kerajaan campuran yakni kerajaan perpaduan akan lebih kukuh dan stabil kerana terdiri dari lebih satu blok parti. Ideologi dan prinsip perjuangan parti dan blok yang lebih besar akan diimbangi oleh ideologi dan syarat dari parti kecil.
Malaysia tidak bersendirian apabila langkah ini diambil kerana lebih kurang 80 negara telah menzahirkan idea ini dengan berbagai sebab dan akibat.
Di Denmark misalnya, secara rasmi pada bulan ini (14 Disember), kerajaan campuran yang pertama didirikan selepas enam minggu parlimen tergantung.
“Broad government” adalah jenama yang digunakan sebagai nama lain bagi “Kerajaan Perpaduan”, yang salah satu ideanya adalah akan terus menerus mendukung usaha US-NATO memerangi Rusia.
Kerajaan Perpaduan yang terbentuk adalah langkah penting dalam menamatkan kemelut ketidaktentuan politik dan Parlimen tergantung yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah negara.
Warga negara ini telah lama didoktrinkan dengan sistem demokrasi berparlimen dan Raja berpelembagaan sebagai satu-satunya jalan yang ditempuh untuk mencapai keadilan bagi semua kaum
Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya. Mereka berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya.
Konsep Kerajaan Perpaduan yang kita semua saksikan ini sedikit sebanyak telah menodai teras sistem demokrasi itu sendiri iaitu pilihan atau kehendak rakyat yang terhasil dari PRU15 tidak dapat direalisasikan.
Ini sekaligus hampir meniadakan penglibatan rakyat dalam sistem pemerintahan negara.
Apakah tahap kematangan sistem ini setelah lebih separuh abad demokrasi bersemayam dalam pembentukan dasar negara?
Ternyata terdapat “flaw” besar dalam sistem demokrasi. Sistem ini perlu melalui “overhaul” dan evolusi yang panjang lantaran teras dalam pemilihan perwakilan itu sendiri berbasiskan rasa berbanding rasional. Rakyat memilih berdasarkan yang popular berbanding keseimbangan fakta.
Pemahaman rakyat tentang Demokrasi juga sangat-sangat minimal kerana terlalu banyak pendapat (yang bersifat relatif / subjektif) perlu dihadam. Pada puncaknya, segala dogma yang perlu dihadam menjadi penjara berfikir.
Kita boleh lihat dua kumpulan dominan di media sosial seperti Facebook, Twitter dan TikTok, iaitu penyokong parti kerajaan dan penyokong parti pembangkang. Kedua-dua kumpulan ini pasti berbeza, tetapi jika dicerakin betul-betul, memiliki persamaan ketara, iaitu pertama, fanatik dan taasub kepada individu serta parti disokong, manakala kedua agresif menyerang sesiapa sahaja bertentangan dengannya.
Inilah model kehidupan yang berbuah dari ideologi sistem demokrasi (berpecah belah). Ideologi yang memuja pluralisme; kehidupan anti-tauhid.
Hakikatnya, sistem buatan manusia ini hanya bersifat parsial, sesaat, dan berpihak pada mereka yang berkuasa dan berduit.
Hukum atau Undang-Undang sistem ini tidak akan mampu memberi keadilan, kedamaian dan kesejahteraan sejati bagi setiap pendukungnya apatah lagi keseluruhan rakyatnya.
Sesungguhnya teras sistem demokrasi itu sendiri adalah kemusyrikan (persekutuan) yakni memecah belahkan rakyat berdasarkan ideologi kepartian yang bersifat parsial, sesaat dan berpihak pada golongan tertentu saja.
Ideologi kepartian sudah tentu adalah idea yang dilebihi oleh perasaan (prasangka) berbanding rasional yang ilmiah.
Hari ini telah terbukti bahawasanya keutuhan konsep persekutuan itu tidak lagi dapat bertahan lama dan manusia akan kembali semula kepada konsep penyatuan dengan mengenepikan kepentingan ideologi politik parti masing-masing.
Persatuan dan kesatuan adalah konsep ilahi yang telah lama tersari dalam kitab-kitab suci dan sudah terbukti keberkesanannya dalam sejarah kemanusiaan.
Perjuangan para nabi dan rasul Allah untuk menyatukan manusia melalui ilmu-Nya terbukti sebagai suatu konsep yang benar untuk mentadbir bumi-Nya. Manusia menyatu dengan pencipta diri-Nya melalui usaha dakwah ilmu. Bukan melalui persangkaan dan sesuatu yang tidak hikmah.
Sewajarnya bumi Allah ini ditadbir oleh khalifah-Nya selaku wakil-Nya atas muka bumi. Bukan wakil rakyat yang notebene tidak mempunyai formula untuk mengurus sumber alam dan sumber manusia dengan baik.
Adalah menjadi hak prerogatif-Nya untuk menentukan hala tuju nasib ummat manusia ketika kita semua bersetuju untuk Dia merajai semula alam sosial, alam semesta dan alam akhirat.
Formula yang akan diguna pakai-Nya untuk menjadi rububiyah, mulkiyah dan uluhiyah tentulah tidak memerlukan proses evolusi yang berjela-jela kerana Dia juga sudah lama (terbukti) menjaga, memelihara, merawat, mengurus, mendidik dan mentadbir keseimbangan alam semesta tanpa bantuan makhluk yang berjenis manusia.
Syarat keamanan yang ingin dikecapi oleh semua orang tentulah berawal dengan keimanan yang benar, disaksikan oleh saksi-saksi-Nya.
Menjadi orang beriman adalah sesuatu yang tidak boleh dipaksa apatah lagi untuk diwariskan kerana iman adalah anugerah Tuhan. Salah satu syarat untuk mendapat anugerah-Nya adalah dengan memaksimalkan penggunaan akal yang beroksigenkan wahyu-wahyu-Nya.
Sistem demokrasi tidak mungkin mencapai kesempurnaan kerana ajal demokrasi sudah terjadual secara sistemik dimana ianya sudah sangat dekat.