Kenapa Tidak Keluar Mengundi?

date
Nov 18, 2022
slug
kenapa-tidak-mengundi
status
Published
tags
Renungan
PRU
Nasional
summary
Esok, 19 November 2022, lebih 21 juta pemilih berdaftar dijangka keluar mengundi untuk menentukan wakil yang akan membawa suara rakyat di kawasan masing-masing dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
type
Post
Author
BSR
cover

Esok, 19 November 2022, lebih 21 juta pemilih berdaftar dijangka keluar mengundi untuk menentukan wakil yang akan membawa suara rakyat di kawasan masing-masing dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kali ini, tiga blok parti politik besar iaitu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) bertanding selain Gerakan Tanah Air (GTA).
Sudah pasti, kali ini banyak janji menarik yang ditawarkan oleh setiap gabungan parti politik. Ini tidak termasuk lagi janji-janji yang dibuat oleh calon di kawasan masing-masing.
Sudah barang tentu, segala janji dan tawaran yang dicanang-canangkan dalam manifesto kepada rakyat ‘wajib’ ditunaikan.
Biarpun rakyat tahu manifesto itu bukan ‘kitab suci’, tetapi bagi orang yang mahu memaksimalkan akalnya, sudah pasti mengenangkan kata-kata mutiara yang berbunyi “kerbau dipegang talinya, orang dipegang janjinya.
Kenyataannya, mereka yang menawarkan janji-janji manis itu cenderung juga kepada melakukan kesilapan dan kesalahan. Apatah lagi untuk mungkir janji.
Dan ketika mereka mewar-warkan janji-janji itu mereka tidaklah mengambil kira sepenuhnya segala faktor bagaimana mungkin janji-janji itu akan diindahkan.
Apa yang dapat dijadikan iktibar untuk kita semua saat ini ialah, untuk kembali intropeksi diri sendiri dengan mula menekuni kepada apa yang sudah lama diwariskan pada kita semua, iaitu Kitab-kitab Allah dan sunnah rasul-Nya.
Janji-janji-Nya yang telah termanifestasi dalam lipatan sejarah peradaban manusia (bagi orang-orang yang meyakini akan tujuan penciptaan-Nya) akan terus menerus dikenang dan dirindui.
Janji Allah yang paling mahsyur dapat dilihat dalam Al-Quran surah al-Baqarah ayat 124
💡
۞ وَإِذِ ٱبۡتَلَىٰۤ إِبۡرَ ٰ⁠هِـۧمَ رَبُّهُۥ بِكَلِمَـٰتࣲ فَأَتَمَّهُنَّۖ قَالَ إِنِّی جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامࣰاۖ قَالَ وَمِن ذُرِّیَّتِیۖ قَالَ لَایَنَالُ عَهۡدِی ٱلظَّـٰلِمِینَ
Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat, lalu dia melaksanakannya dengan sempurna. Dia (Allah) berfirman, "Sesungguhnya Aku menjadikan engkau sebagai pemimpin bagi seluruh manusia." Dia (Ibrahim) berkata, "Dan (juga) dari anak cucuku?” Allah berfirman, "(Benar, tetapi) janji-Ku tidak berlaku bagi orang-orang yang zalim."
Nabi Ibrahim telah diwartakan secara ekslusif oleh Allah sebagai kesayangan-Nya dalam kitab suci Perjanjian Lama mahupun Al-Quran. Dia telah dijadikan sebagai uswah terbaik bagi manusia keseluruhannya. Ini janji-Nya yang pertama (dari ayat ini).
Janji Allah yang kedua adalah kepada keturunan Nabi Ibrahim yang memang tidak dapat dinafikan sejarahnya.
Visi dan misi kerasulan mula dilanjutkan oleh anaknya Ishak, Yakub (Israel), Yusuf, Musa dan kemuncaknya pada era Sulaiman. Kemudian disusuli dari keturunan Yakub juga yang kemuncaknya dipelopori oleh Isa al-Masih. Demikianlah perjalanan panjang Bani Israel (yang mewarnai sejarah kemanusiaan hampir 2800 tahun).
Nabi Muhammad yang berbangsa Arab itu juga datangnya dari jalur keturunan Nabi Ibrahim melalui isterinya yang kedua iaitu Hajar.
Al-hasil, Islam tegak dengan megah gilang gemilang hampir 700 tahun lamanya, menguasai hampir 3/4 bumi.
Ini telah membuktikan siapakah yang lebih menepati janjinya selain dari Pencipta Alam Semesta itu sendiri.
Keadilan, kedamaian, hikmah semuanya itu bersumberkan dari Allah SWT. Dia-lah yang paling layak untuk menetapkan dan memerintah manusia, bagaimana mahu menjalani kehidupan di atas muka bumi-Nya dengan segala macam nikmat.
Dia adalah raja di alam semesta dan Dia jualah yang patut merajai alam sosial manusia.
Secara umumnya kebanyakan manusia itu tidak memiliki hak untuk menentukan siapakah yang layak memegang kuasa untuk memerintah di alam sosial manusia. Melainkan manusia pilihan-Nya.
Bagaimanapun, Allah ar-Rahman itu membenarkan manusia itu memilih dua macam jalan untuk hidup dan kehidupan.
Sama ada kita memilih untuk berjanji pada-Nya atau kita memilih manusia lain untuk menentukan nasib dimasa hadapan. Pilihan kedua iaitu mengundi nasib, adalah murka yang paling ketara yang Allah tidak senang.
Ini boleh diambil hikmah-Nya yang tersaji dalam QS. As-Saffat (37) ayat 139 hingga 148.
Allah, Tuan Semesta Alam itu adalah yang Awal dan yang Akhir. Tiada pilihan lain untuk manusia melainkan bersegera pada-Nya.
Hari ini apa yang kita semua saksikan adalah betapa meruncingnya situasi politik dunia sosial manusia. Disana sini tuduh menuduh, fitnah menfitnah yang kemuncaknya akan membuahkan kepada perpecahan yang lebih parah. Tidak hanya setakat itu, alam semesta turut terkena bahananya lantaran manusia itu terlibat dalam kemurkaan Allah.
notion image
Mengundi itu sama hakikatnya kita mempertaruhkan nasib kita di masa hadapan atas nama kita sendiri. Sedangkan pilihan untuk memperjuangkan nasib kita mengatas-namakan Allah (Yang maha Pengasih dan Penyayang) masih lagi terbentang luas untuk disyukuri nikmat-Nya. Inilah pilihan yang tepat buat ummat akhir zaman.
 

Hidup adalah belajar