Hidup Adalah Belajar II

date
May 7, 2022
slug
hidup-adalah-belajar-ii
status
Published
tags
Gurindam
summary
Kerana hidup dan belajar adalah bicara kesempatan untuk bersyukur
type
Post
Author
BSR
cover
Bila belajar sesuatu pasal hidup Baru perasan apa yang kurang dan yang cukup Kerana itu manfaatkan segalanya sebelum tertutup
💡
Wajar, untuk hidup mesti akan belajar Kerana tanpa ilmu, hidup akan diajar Semoga jelaslah apa yang dikejar
Dengan belajar hidup bertambah yakin Kian alim sampai arifin Untung buat zahir dan batin
Tekad hidup kosnya belajar Niatkan belajar pastikan sejajar Biar hidup tidak kurang ajar
 
 

Hidup adalah belajar