Bacalah

date
Nov 29, 2022
slug
bacalah
status
Published
tags
Hidup
Ilmiah
summary
Ungkapan “Membaca Jambatan Ilmu” memberikan gambaran betapa pentingnya ilmu itu dihubungkan dengan otak manusia. Proses membaca itu adalah suatu yang mustahak demi kelangsungan kehidupan manusia.
type
Post
Author
BSR
cover
Ungkapan “Membaca Jambatan Ilmu” memberikan gambaran betapa pentingnya ilmu itu dihubungkan dengan otak manusia. Proses membaca itu adalah suatu yang mustahak demi kelangsungan kehidupan manusia.
Dengan membaca sel-sel otak manusia dapat berhubung dengan baik. Proses membaca tidak semestinya membunyikan tulisan atau huruf. Justeru, selagi manusia itu menggesa pendengaran, penglihatan dan akalnya untuk membezakan antara yang benar dan yang salah, semua itu terangkum sebagai suatu proses pembacaan.
Buya Hamka pernah menyatakan
“Ramai manusia mampu menyisir rambutnya, namun tidak ramai yang mampu menyisir otaknya”.
Kiasan ini masih relevan kerana masih kurang manusia yang tidak berminat membaca, meskipun ia bukan sesuatu yang sukar untuk digiatkan.
Persoalannya, apakah perkara yang harus dibaca? Sama halnya dengan Nabi Muhammad, sebelum baginda mendapat bimbingan wahyu, Allah menyatakan dirinya itu dhallan (rujuk QS 93 ayat 7).
Dikatakan dhallan kerana baginda (kala itu) buntu untuk menemukan jawapan bagi segala persoalan-persoalan kehidupan yang esensial. Untuk itulah Nabi Muhammad selama tiga atau empat tahun berburu “hidangan dari langit” di Gua Hira.
Bacaan yang diterimanya itulah yang dapat meleraikan benang kekusutan kehidupan dunia iaitu: “Dengan nama (sifat atau cara) Rabb kamu! Maka muliakanlah bacaan itu.
Dengan demikian seluruh firman Allah yang ada dalam kitab-kitab suci merupakan “bacaan” tentang akhlaq Allah, perilaku Allah atau Sunnatullah.
Qalbu manusia menurut Nabi Muhammad seperti kertas putih yang dapat ditulis. Jika hidupnya penuh dengan bacaan ilmiah maka ilmulah yang tertulis di qalbunya. Jika hidupnya kurang membaca maka hanya persangkaannyalah yang tertulis.
Membudayakan membaca adalah satu amalan yang baik untuk menanam ilmu di dalam qalbu. Proses penanaman ini dapat meningkatkan kesedaran manusia tentang kewujudan dirinya, alam sekeliling dan pencipta diri-Nya. Sekaligus mendewasakannya.
Manusia yang membaca adalah manusia yang berilmu. Manusia yang berilmu adalah manusia yang berakhlaq. Manusia yang berakhlaq adalah manusia yang diredhai-Nya.

Hidup adalah belajar