Aqidah adalah penentu kewujudan orang Melayu
date
Mar 1, 2023
slug
aqidah-adalah-penentu-kejayaan-melayu
status
Published
tags
Nasional
summary
Kita akui dari segala sudut, orang Melayu masih jauh ketinggalan dan sewajarnya kita perlu berinisiatif dalam menginsafi fungsi diri kita sebagai hamba Allah, Tuannya Alam Semesta ini.
type
Post
Author
BSR
cover
Hampir 6 dasawarsa Malaysia (1963 - 2023) terpahat di peta dunia dengan berbagai dasar dan program bagi pemerkasaan kedudukan bumiputera/melayu ditanahnya sendiri.
Namun jati orang melayu kian pudar.
Kesan dari lambakan isim dengan kemunculan parti politik baharu setiap kali Pilihan Raya Umum diadakan menyebabkan orang Melayu makin berpuak-puak.
Meskipun orang Melayu mengaku sebagai orang Islam, akan tetapi cara berfikir dan keperibadiannya telah diwarnai oleh nilai-nilai isim yang diperjuangkan oleh parti-parti politik baru dan lama.
Perselisihan fahaman kalangan ulama yang menjadi tempat rujukan pemimpin dan rakyat dalam soal kehidupan mengakibatkan pintu kehancuran ummat makin melebar. Alhasil, bangsa-bangsa lain dengan mudahnya memanipulasi kebatilan menjadi suatu hal dipandang sebagai kebenaran. Sekaligus ini menjadikan sebahagian dari kita berpuak dengan berpegang pada fatwa yang dikeluarkan oleh para ulama.
Kita akui dari segala sudut, orang Melayu masih jauh ketinggalan dan sewajarnya kita perlu berinisiatif dalam menginsafi fungsi diri kita sebagai hamba Allah, Tuannya Alam Semesta ini.
Kesedaran beraqidah yang benar akan menuntun kita untuk bersikap kritis dalam kehidupan seharian. Kita tidak dijadikan Allah semata-mata hanya untuk hidup sepertimana makhluk lain hidup. Tujuan penciptaan manusia ada bezanya dengan tujuan penciptaan makhluk lain. Inilah hakikat aqidah yang pertama perlu orang Melayu sedari.
Selama 59 tahun bumi Allah yang kita cintai ini telah kita urus tadbir bukan dengan isim-Nya yang benar. Lihatlah keliling. Darat dan lautnya diratah dan dirobek oleh bangsa asing dengan sewenang-wenangnya. Ketuanan Melayu yang telah lama digembar-gembur pada setiap generasi kita tidak memberikan apa-apa impak dan makna melainkan retorik kosong.
Sesungguhnya, hanya dengan kembali bertuankan yang satu ini iaitu Allah, Tuan Semesta Alam diyakini dapat menghidupkan semula jiwa-jiwa yang telah lama terkubur dengan pelbagai isim yang mengalir deras di muka bumi Allah yang kita inapi ini.
Usaha signifikan perlu digiatkan bagi menegakkan sistem aqidah yang benar. Andai usaha ini berkesan (ikatan manusia - bumi - Allah, Pencipta Alam Semesta), diimani dapat menjawab segala persoalan hidup dan kehidupan sejagat sepertimana hal ini telah dibuktikan oleh sejarah melalui jalan jenuh perjuangan para rasul-Nya.