Apa itu Qolbu

date
Aug 13, 2022
slug
apa-itu-qolbu
status
Published
tags
Fakta
Ilmiah
summary
Sering kali perkataan Qolbu diterjemahkan dan difahami sebagai hati atau jantung manusia, adakah ini terjemahan atau pemahaman yang tepat mengenai Qolbu? Apakah itu sebenarnya Qolbu yang sering disebut dalam Al-Quran mahupun didalam Hadis? Apakah fungsi Qolbu terhadap manusia? Mengapa ianya sangat penting bagi manusia
type
Post
Author
HMB
cover

Sering kali perkataan Qolbu diterjemahkan dan difahami sebagai hati atau jantung manusia, adakah ini terjemahan atau pemahaman yang tepat mengenai Qolbu? Apakah itu sebenarnya Qolbu yang sering disebut dalam Al-Quran mahupun didalam Hadis? Apakah fungsi Qolbu terhadap manusia? Mengapa ianya sangat penting bagi manusia

Sebelum membuat kesimpulan mengenai kata Qolbu, mari kita lihat beberapa perkataan atau perkara lain yang ada kaitan dengan Qolbu di dalam Al Quran:

Seruan supaya manusia menggunakan akal didalam Al-Quran

a. Allah menyeru Manusia supaya: i. - Berfikir (2:44) (2:164) (3:65) (10:16) (11:51) (12:109) (13:4) ii. - Mengerti (2:73) (2:76) (7:169) iii. - Memahami (2:75) (2:242) (3:118) (6:32) (6:151) (12:2) (16:12) iv. - Mempergunakan Akal (5:58) (10:100) (26:28) (29:35) (30:24) (30:28)
Kesemua perkara diatas diterjemahkan dari Bahasa Arab dan dari kata akar nya adalah ain, qaf, lam (AKAL) (disebut 49 kali dalam Al Quran)
Jadi, organ manusia yang mana berfungsi untuk berfikir, mengerti, memahami dan berakal? Pastilah otak, otak manusia adalah organ yang mampu melaksanakan tugas seperti, berfikir, mengerti,memahami dan berakal.
Perbezaan antara manusia dan haiwan adalah fungsi otak, perumpamaan manusia yang tidak menggunakan akal (otak) adalah seperti binatang, yang tidak mampu memungsikan otaknya dengan sebaiknya (2:171) (8:22) (25:44)
b. Di ayat lain Allah menyeru manusia supaya: i. Melihat/memperhatikan (4:49) (4:51) (4:60) (4:61) (4:77) (6:6) ii. Memperhatikan Al Quran (Taddabbur) (4:82) (23:68) (38:29) (47:24) iii. Mendapat pelajaran (Ibrah) (3:13) (16:66) (23:21) (24:44) (79:26) iv. Mengambil pelajaran (Muddakir) (54:15,17,22,32,40 & 51) v. Mendapat pelajaran (Tazakkar) (2:221) (6:80) (6:126) (7:3) (7:57) (8:57) (9:26) (10:3) (11:30) (25:30) (28:51) (39:27) (40:58) (44:58) (45:23) (69:42) vi. Ingat (Tazakkar) (7:26) (7:201) (14:25) (17:41) (23:85) (24:1) (24:27) (27:62) (28:43) vii. Ingat (Zikir) (13:28) (3:190-191) (11:114) (33:41) viii. Menjadi orang yang mendapat kefahaman / pelajaran / orang yang cerdas (Ulil Albab) (2:269) (3:7) (3:190) (5:100) (12:111) (13:19) (14:52) (38:29) (38:43) (39:9) (39:18) (39:21) (40:54) (65:10)
Apakah organ yang dapat melihat/memperhatikan, mendapat pelajaran, mengambil pelajaran dan ingat (menggunakan akal)? Adakah organ hati atau jantung didalam dada atau otak manusia yang mampu berbuat demikian?

Fungsi penting dalam otak manusia

  1. SUDUR (Isi Hati/Dada) – (44 kali dalam Al Quran) i. Antara penggunaan kata Sudur (dada/isi hati) dalam Al Quran: • Allah mengetahui apa yang ada dalam Sudur (hati) – (3:29) (3:119) (3:154) (5:7) (8:43) (11:5) (27:74) (28:69) (29:10) • Allah melapangkan Sudur (dada) – (6:125) (7:43) (20:25) (29:22) • Lapangkan (Sudur) dada untuk menerima kitab/wahyu dari Allah –(7:2) (10:57) (11:12) (29:49) • Melapangkan Sudur kearah keimanan atau kekafiran - (16:106) • Sudur yang buta - (22:46) • Doa supaya dilindung dari bisikan syaitan pada Sudur manusia (114:1-6) ii. Sudur adalah salah satu fungsi dari otak sebagai pusat kesedaran, perasaan, sanubari, rohani (mental spiritual dan batiniah) manusia. iii. Ubat yang dapat menyembuhkan Sudur manusia yang sakit adalah wahyu / kitab / ayat-ayat Allah (7:2) (10:57) (11:12) (29:49), seperti penyakit batin dan spiritual (fikiran negatif: dengki,iri hati,niat buruk dan sebagainya) – (ruhul qudus (16:102) adalah wahyu (42:52)) iv. Kesedaran atau fikiran manusia terhadap sesuatu perkara mampu mempengaruhi keimanan atau kekafiran seseorang, perlakuan baik, buruk dan emosi manusia bergantung kepada kesihatan Sudur setiap orang. Perasaan atau fikiran manusia ini boleh disembunyikan dari orang lain kecuali Allah. v. Para Rasul diperkuatkan dengan (Roh) ruhul qudus (2:87) (2:253) (4:171) (15:29) (32:9) (38:72)
Sebagai contoh penggunaan kata dada dalam Bahasa Melayu:
"Lapang Dada" - Adakah peribahasa supaya berlapang dada ini ada kaitan dengan organ hati/jantung yang terdapat didalam dada? atau fikiran (mental spiritual) manusia yang patut dilapangkan supaya mudah menerima sesuatu berita,ilmu,cerita dan sebagainya?
  1. NAFS (Jiwa/Diri) – (295 kali dalam Al Quran)
i. Antara penggunaan kata Nafs (Jiwa/Diri) dalam Al Quran: • Diri: (2:9) (2:44) (2:48) (2:54) (2:57) (2:84) (2:130) (4:29) (4:49) (4:97) (4:110-111) (4:113) (74:38) (75:40) (79:40) • Jiwa / Nyawa: (2:72) (2:155) (3:145) (3:185) (4:95) (75:2) (81:7) (81:14) (82:5) (86:4) (91:7) ii. Nafs adalah salah satu fungsi dari otak sebagai pusat keinginan diri, kehendak diri, kemahuan diri, kepentingan diri, kepribadian (hawa/syahwat/nafsu) yang menghasilkan/mendorong tingkah laku atau sikap baik dan buruk seseorang. iii. Manusia yang hidup dengan nafs yang benar, akan menghasilkan tingkah laku atau sikap yang baik dan sentiasa melakukan kebaikan (Nafsu Mutmainah:89:27-30), manakala, manusia yang hidup dengan nafs yang sesat pasti akan menghasilkan tingkah laku atau sikap yang buruk dan sentiasa melakukan kejahatan (Nafsu Ammarah:12:53). iv. Tingkah laku atau sikap yang dihasilkan oleh nafs manusia akan memberi impak kepada tubuh badan manusia, sama ada kepada diri sendiri atau kepada orang lain. v. Jika nafs manusia ini tidak stabil, mereka tidak mampu berfikir secara waras dan mengakibatkan tindakan atau kelakuan luar kawalan atau melakukan hal hal negatif (rakus,tamak,sombong dan sebagainya) vi. Kata lain didalam Al Quran yang terkait kepada nafsu iaitu hawa, yang mana penggunaan kata hawa ini menjurus kepada hal hal yang negatif: • Manusia yang cenderung kepada dunia dan mengikuti hawa nafsu adalah seperti anjing (7:176) • Hawa nafsu yang menyebabkan kebinasaan (20:16) • Manusia yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhan seumpama binatang ternak (25:43-44) dan Allah membiarkan nya, mengunci mati pendengaran, dan qolbu, meletakkan tutupan atas penglihatannya (45:23) • Manusia yang mengikuti hawa nafsu tidak mendapat petunjuk dari Allah (28:50) dan akan disesatkan Allah (38:26)
Sebagai contoh penggunaan kata jiwa dalam Bahasa Melayu: "Sakit Jiwa" - apakah organ yang terlibat jika seseorang itu dikatakan sebagai sakit Jiwa? pastilah otak nya yang tidak mampu mengawal emosi pesakit tersebut, Apabila emosi tidak stabil, maka tindakan dan perlakuan nya yang dikatakan sebagai "Orang Gila"
"Berjiwa Besar" - Apabila dikatakan seseorang itu berjiwa besar, ianya merujuk kepada kesungguhan, kemahuan yang tinggi untuk mendapatkan atau mengusahakan sesuatu, mentalnya kuat,serta emosinya mempunyai kemahuan yang tinggi.

FU’AD (Hati/Mata hati) - (16 Kali dalam Al Quran)

  1. Antara penggunaan kata Fu’ad (Hati/Mata Hati) dalam Al Quran: • Hati: (6:110) (11:120) (14:37) (14:43) (16:78) (17:36) (23:78) (25:32) (28:10) (32:9) (46:26) (53:11) (67:23) (104:7) • Hati Kecil: (6:113)
  1. Kata Fu’ad di dalam Al Quran sering digandingkan dengan pancaindera pendengaran (telinga) dan penglihatan (mata), sama ada salah satu atau kedua-duanya, ini kerana telinga dan mata adalah pancaindera pertama yang menyerap masuk infromasi awal dan kemudian dinilai dan difahami oleh otak manusia.
  1. Penggunaan pendengaran (telinga), penglihatan (mata) dan Fu’ad secara menyeluruh dikaitkan dengan konsep bersyukur (16:78) (17:36) (23:78) iaitu memungsikan akal fikiran (logikal) berdasarkan tanda tanda (bukti) yang ada. Apabila manusia memaksimalkan penggunaan ketiga tiga sarana tersebut, maka informasi awal yang diterima akan ditransformasi menjadi ilmu pengetahuan kepada manusia, dengan ilmu yang ada, manusia mampu membezakan yang mana haq atau batil, baik atau buruk, manfaat atau mudarat dan kelebihan atau kekurangan terhadap sesuatu perkara.
  1. Fu’ad juga biasa diterjemahkan dan difahami sebagai mata hati (lubuk hati/hati kecil)
  1. Fu’ad adalah salah satu fungsi dari otak sebagai pusat pemikiran, penilaian, pertimbangan, pemerhatian dalam membuat keputusan (membezakan).
  1. Berbeza dengan haiwan, manusia mempunya tahap akal yang tinggi dalam membuat keputusan.
Sebagai contoh:
"Berhati hati dijalan raya" - Apakah tindakan kita setelah membaca papan tanda ini? Adakah ada organ hati/jantung di jalan raya? Atau ini adalah amaran supaya kita membuat keputusan yang betul (tidak memandu laju dan fokus) ketika memandu kereta? Maka, disini jelas bahawa otak manusia lah yang mampu membuat keputusan, dan melalui keputusan itu, manusia dapat bertindak dengan tepat.

Qolbu sebagai otak (akal) manusia

Antara penggunaan kata Qolbu dalam Al Quran: • Hati (Qalb) (2:88) (3:7-8) (4:63) (8:2) (9:125) (16:108) (17:46) (18:14) (18:28) (18:57) (22:32) (22:35) (22:46) (30:59) (37:84) • Isi Hati (Qalb) (2:204) • Berbolak Balik (Qollabu) (6:110) (9:48) (18:18) (18:42) (24:44) (33:66) ii. Qolbu merangkumi ketiga tiga fungsi utama didalam otak iaitu Sudur, Nafs, Fu’ad dari segi batiniah dan lahiriah, fungsi ini merangkumi rohani, spiritual, emosi dan logikal serta berbagai fungsi lain seperti menyimpan(memori/ingatan) maklumat. Maka Qolbu secara tepat nya disebut sebagai akal (otak) manusia, yang mampu melaksanakan tugas tugas seperti, memperhatikan, memikirkan, mempelajari, mengingat, memahami, menilai, mengkritis, menaksir, menaakul, mengkaji, meneliti menyelidik dan sebagainya. iii. Antara sifat Qolbu adalah ianya sering berbolak balik, itulah yang terjadi kepada pemikiran manusia yang sering berbolak balik, begitu juga dengan perasaan dan emosi manusia. iv. Dengan Qolbu (otak/akal), manusia dapat menilai yang mana baik atau buruk,benar atau salah, keimanan atau kekafiran , petunjuk atau kesesatan, kegembiraan atau kekecewaan, kesakitan atau keseronokan dan sebagainya. v. Dengan Qolbu (otak/akal), manusia dapat memahami ayat ayat Allah, manusia yang cerdas (Ulul Albab) mampu mendapat pelajaran dari ayat ayat dan tanda-tanda (bukti) kebesaran dari Allah (kitab yang merangkumi catatan wahyu (Qauliyah) dan alam (Kauniyah). vi. Dengan Qolbu (otak/akal), terbentuk jiwa spritual dan rohani yang mengawal emosi, perasaan,mental serta kewarasan berfikir manusia. vii. Dengan Qolbu (otak/akal), manusia dapat mengawal tindakan dan kelakuan diri. viii. Akibat manusia tidak memungsikan Qolbunya: • Manusia Yang tidak mempergunakan prasarana otak (Qolbu) dengan sebaiknya adalah ibarat binatang ternak (7:179) • Manusia Yang tidak mempergunakan Otak/akal (Qolbu) Dalam memahami, memperhatikan dan menilai diibaratkan sebagai Buta (22:46), Apabila buta, bagaimana dapat melihat kebenaran? (6:104). • Manusia yang tertutup Qolbunya (otak/akal) tak mungkin dapat memahami dan percaya ayat-ayat Allah serta menghalanginya (6:25-26) ix. Berakal itu adalah manusia yang dapat fungsikan otak secara menyeluruh, dapat menilai baik dan buruk. x. Penggunaan Qolbu (otak/akal) dalam konteks hukum Islam: • Syarat Wajib solat: Seseorang itu wajib berakal, iaitu mampu memperhati, menilai, berfikir dan membuat keputusan dengan waras, selari dengan fungsi otak bukan organ hati. Orang gila dan kanak kanak tidak wajib bersolat. • Syarat Wajib berpuasa: Seseorang itu wajib berakal iaitu mampu memperhati, menilai, berfikir dan membuat keputusan dengan waras, selari dengan fungsi otak bukan organ Hati. Orang gila dan kanak kanak tidak wajib berpuasa

Kesimpulan

Contoh penggunaan Qolbu (otak/akal) didalam Al Quran:
Surah Muhammad, Verse 24: Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran ataukah QOLBU mereka terkunci?
Berdasarkan ayat Al Quran diatas, Allah menggesa manusia supaya memperhatikan (taddabbur) Al Quran ataukah Qolbu manusia terkunci, maka organ mana yang mampu melaksanakan atau tidak melaksanakan tugas berkenaan?
Ianya pastilah Qolbu (otak) manusia, yang dapat berfikir, mengerti dan memahami perintah dan larangan Allah didalam Al Quran. Persoalannya, adakah Qolbu (otak/akal) manusia terkunci dari memperhatikan (taddabbur) Al Quran seperti yang dinyatakan Allah didalam ayat diatas?
Contoh penggunaan Qolbu didalam Hadis (Bukhari no 52 & Muslim no 1599):
Rasulullah صلى الله عليه وسلمbersabda, "Yang halal sudah jelas dan yang haram juga sudah jelas. Namun diantara keduanya ada perkara syubhat (samar) yang tidak diketahui oleh banyak orang. Maka barangsiapa yang menjauhi diri dari yang syubhat berarti telah memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang sampai jatuh (mengerjakan) pada perkara-perkara syubhat, sungguh dia seperti seorang penggembala yang menggembalakan ternaknya di pinggir tempat terlarang untuk menggembala yang dikhawatirkan akan jatuh ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki batasan, dan ketahuilah bahwa batasan larangan Allah di bumi-Nya adalah apa-apa yang diharamkan-Nya. Dan ketahuilah pada setiap tubuh ada segumpal darah yang apabila baik maka baiklah tubuh tersebut dan apabila rusak maka rusaklah tubuh tersebut. Ketahuilah, ia adalah hati (qolbu)".
Berdasarkan Hadis diatas, menceritakan tentang perkara halal, haram, syubhat dan batasan larangan Allah di bumi, apakah organ yang mampu menilai perkara perkara seperti halal, haram, syubhat dan batas larangan Allah dibumi? Ianya pastilah Qolbu (otak/akal) manusia, yang dapat menilai dan membezakan halal, haram dan perkara syubhat.
Rasullullah Muhammad juga menerangkan mengenai segumpal darah didalam tubuh manusia yang disebut Qolbu, apabila baik maka baiklah tubuh tersebut dan apabila rusak maka rusaklah tubuh tersebut. Ianya pastilah merujuk kepada organ otak manusia, jika otak (akal) manusia itu baik (positif/sihat), maka kesannya pastilah memberi kebaikan pada tubuh manusia, jika otak (akal) manusia itu buruk (negatif/sakit), maka kesannya pastilah memberi keburukan pada tubuh manusia, penggunaan akal (otak) adalah sangat dituntut (wajib) oleh Allah, Tuan Semesta Alam
Kesimpulannya, perkataan Qolbu yang disebut didalam Al-Quran dan Hadis adalah mengenai otak (akal) manusia. Ianya adalah organ yang mampu menjalankan tugas-tugas yang disebutkan sebelum ini baik dari segi batiniah mahupun lahiriah. Jadi, Qolbu adalah merujuk kepada otak (akal) manusia dan bukannya organ hati atau jantung manusia yang sering disalah ertikan selama ini.

Hidup adalah belajar